Showing posts with label candid. Show all posts
Showing posts with label candid. Show all posts

Friday, February 26, 2010

Danga Bay (edisi outing PSDC)

0 comments
salam..

petang jumaat maulidurrasul, ketua jkk PhotoSantai cawangan selatan, sifu Pakya ajak kami outing di danga bay untuk apa lagi, untuk ambik gambar lah! ramai jugak join sampai kawan-kawan vB yang pakai kamera compact pun ikut. (p/s vB- gurau..).tujuan outing kali ni lebih memerincikan kearah low light shooting dan mengasah kekreatifan kitorang semasa kekurangan cahaya. gambar dalam post ini saya bahagi ikut ketegori, so kita enjoy!

kita mulakan dengan ketegori lanskap..
okeh apa yang terkurang dekat dalam gambar di bawah??btul..tiada foreground interest ye tuan-tuan dan puan-puan..perbaiki lagi di masa depan.

seterusnya ketegori light trails. ok dah kot rasanya. sape-sape yang pakar tolong komen. rasenye composition dan framing perlu repair.

yang bawah ni rasanya boleh masuk ketegori still life.

gambar panning pak guard naik moto. yang ni framing kene jaga. (bagi komen untuk diri sendiri)

lepas tu ketegori OOF pulak.(Out of focus)

yang bawah ni pulak ketegori candid @ portrait.

satu gambar untuk ketegori sport.

dan yang terakhir ketegori feveret. silhouette.
sekian..
p/s-kalau ada nak komen/kritik tentang gambar sila lah komen atau tulis dekat kanan ni.tq

Thursday, February 25, 2010

Sukaneka Surau Jauharul Muttaqin

0 comments
salam..

sempena sambutan maulidurrasul kali ini, kami beberapa student UTM mewakilkan diri kami untuk membantu pihak surau Jauharul Muttaqin, di Mutiara Rini bagi menganjurkan sukaneka untuk penduduk sekitar. seronok dapat melihat gelagat kanak-kanak yang bermain sukaneka di sana. yang penting, dapat makan free. ini antara gambar-gambar di sukaneka tersebut.








sekian..

Saturday, February 20, 2010

Candid

2 comments
salam..

gambar ni di candid waktu makan malam bersama Alukep beberapa minggu lepas.


1. saja ja nak uplod gambar budak ni (maaf tak tahu nama dia) sebab Asyraf minat dia. hehe. rasanya Asyraf tak baca blog ni. dan kalau Asyraf baca, saya mintak maaf sebab buat gosip liar hehe. nama subjek belum dapat dikenal pasti dan dipercayai pelajar tahun 1 kejuruteraan petroleum.


2. subjek dikenali sebagai khairul hakimin. berusia 23 tahun dan belum mempunyai cahaya mata. beliau yang terkenal dengan panggilan Encik baru-tumbuh-gigi menjadi buruan ramai gadis di luar sana. tetapi beliau sudah berpunya dan tidak merancang untuk menambah.


3. gadis fotogenik ini digelar si kaki. nama sebenar beliau adalah cik khairulnisa karim. buah kepada hati khairee naim (betul tak eja nama?). tidak pernah terlibat dalam pencetakan vcd haram dan kini sedang menambah koleksi kanta lekap milik beliau.


4. subjek tidak membenarkan nama sebenar beliau di komersilkan kerana terlalu banyak sms, email, ym, serta friend request di facebook yang tak sempat beliau balas. rakan-rakan sekerja memanggil beliau butet yang bermaksud 'kacak'. identiti lain terpaksa dirahsiakan.

sekian..(kes tak tahu nak update apa dekat blog)