Thursday, December 31, 2009

Night Run 2009 dan New Year 2010

0 comments
salam..

31 dis 2009, UTM menganjurkan larian malam bagi semua warga UTM yang berminat untuk berlari pada waktu malam tak kira muda atau veteran. saya dan adilah pergi ke padang kawad tempat bermulanya perlumbaan tersebut untuk mengambil gambar. watak utama dalam perlumbaan ini diterajui oleh khairulfaiz (kecik) dan bagi pelari wanita adalah huda dari fakulti elektrik. tanpa dua orang ini saya tidak pergi ke padang kawad membazir bateri kamera saya. perlumbaan memakan masa satu jam dan pelari yang berjaya membuat pusingan paling banyak akan dikira sebagai pemenang. satu pusingan berjarak kira-kira satu km. jejaka-jejaka dilepaskan kira-kira jam 9 malam sebelum wanita dilepaskan satu jam berikutnya.



nasib tidak menyebelahi kecik yang pernah menyandang naib johan lari daki gunung angsi di negeri sembilan (peringkat antarabangsa kot). saya tidak menunggu sehingga penyampaian hadiah dilakukan kerana semua pemenang bukan dari kelompok yang saya kenali.


1 jan 2010, saya dan rakan sebilik encik pali menunggang motorsikal naik ke balai cerap bagi menunggu detik 12 tengah malam yang dihiasi letupan mercun dan bunga api di keliling balai cerap. sampai di puncak, penuh dengan manusia. sampaikan parking kereta penuh sepanjang selekoh terakhir di puncak balai cerap. bagai ada pesta. semestinya sebahagian besar daripada mereka tidak menghiraukan walaupun mereka tahu bahawa malam tersebut merupakan malam berkat malam jumaat. ada yang menjerit-jerit selamat tahun baru, ada yang melaungkan nama pengetua kolej, dan ada yang mengadakan jamuan ringan sesama mereka. walaubagaimanapun, keseronokan tidak lama, manusia yang kami gelar 'pak guard' naik menghalau kami turun, dengan cara yang baik. ini ada satu gambar menarik yang kami ambil di atas balai cerap. terima kasih kepada artis encik roshdi.


sekian..

Wednesday, December 30, 2009

Petang di UTM

0 comments
salam..

satu petang di hujung tahun 2009 saya dan faizal berjalan keliling UTM cari apa-apa yang menarik untuk di ambil gambar. destinasi pertama, tasik UTM. belum jejak ke tasik, terpandang sekumpulan pelajar di padang sedang bermain memukul bola dengan kayu. kayu satu, bola satu, yang main hampir 20 orang. apa dia? rakan saya faizal pun berkata "inilah sofbol namanya, aku wakil kedah dulu waktu sekolah". oh, baru saya tahu faizal seorang atlit suatu ketika dahulu. saya mengambil beberapa keping foto mereka sedang bermain tetapi saya belum mahir di dalam 'sport photography' ni.


sebaik itu kami ke tasik. saya hendak mencuba ambil gambar air mengalir. helahnya adalah untuk mengambil gambar sebawah mungkin. tetapi agak curam juga tebing takut-takut ada yang terjatuh nanti.


dalam perjalanan pulang ke kolej, singgah sebentar di gelanggang salah guna KTDI. terdapat banyak gelanggang tetapi semuanya di salah gunakan. gelanggang takraw dijadikan gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang dijadikan 'skatepark', gelanggang badminton dijadikan gelanggang bola keranjang dan pelajar-pelajar yang hendak bermain badminton terpaksa bermain di laman belakang blok masing-masing. gambar-gambar di bawah merupakan mereka-mereka yang menyalahgunakan kemudahan ini.

sekian..

Saturday, December 26, 2009

Light Trails

0 comments
Salam..

Dalam post kali ini saya cuma ingin berkongsi beberapa keping gambar. Stail ini dikenali sebagai 'light trails' dalam fotografi. gambar-gambar ini di ambil semalam (26 dis 2009) dari atas jejantas di hadapan SHELL sri putri, skudai sekitar jam 10.00 malam.

Bahaya juga malam-malam begini bawa equipment kamera naik jejantas yang kerap dilalui 'mat-mat bangla'. jika hendak pergi seorang, memang sampai ke sudah pun tak akan pergi. terima kasih kepada pengawal peribadi encik faizal 'the kental' dan encik fuad 'the mighty thin' yang sudi membelasah beberapa orang mat bangla yang kelihatan mencurigakan (psychologically).

Dan inil adalah tiga daripada hasilnya..


Sekian..

Cuti-Cuti Bajet 1 (Tanjung Piai dan Air Terjun Gunung Pulai)

0 comments
"Janji pukul 8, gerak pukul 9.30", ungkapan yang diulang sesama kami berenam, saya, pali, faizal, fuad, nisa, dan pendatang baru yang juga buah hati pali, siti semasa dalam perjalanan ke restoren sarapan paling popular dikalangan penuntut UTM, Restoren Aminah. selepas mengalas perut dan mengkagumi keupayaan pekerja-pekerja restoren itu mengambil tempahan palanggan tanpa pen dan kertas, kami ke hujung benua asia (bunyi seakan jauh).

Singgah di rumah pemandu pelancong, encik ghazali yang ingin dikenali sebagai 'abang jaluk', kami sempat menonton wayang senario di televisyen sambil mata sekali-sekala menjeling ke dapur, mengharap adik perempuan abang jaluk atau salah seorang daripada sepupu perempuannya akan melintas. mana tahu ada yang belum berpunya. bolehlah dikenalkan pada faizal.

Matahari tepat di atas kepala, kacamata hitam tepat di atas mata. satu kamera di tangan saya, satu lagi di tangan nisa. kami berjalan di celah-celah hutan paya bakau dengan alasan mencari bahan untuk projek sarjana muda. terhibur dengan reaksi segelintir pengunjung di situ yang kagum dengan kebolehan ikan belacak atau di kampung saya lebih dikenali sebagai 'mud-skipper' menyusur di antara akar pokok bakau. fuad dan faizal jelas tampak gembira.



Kami ke bahagian yang paling menarik di dalam lawatan kami ini iaitu penghujung benua asia. terdapat sebuah pelantar yang jelas berfungsi sebagai lokasi bergambar bagi pelancong-pelancong jakun seperti nisa. lalu kami yang melabelkan diri kami semua sebagai pelancong untuk tidak melepaskan peluang bergambar dengan batang-batang besi di atas pelantar itu.

Makan. nisa seperti samar-samar dan tidak ada idea untuk makan apa pada tengahari itu dengan hanya menyebut perkataan 'sama' selepas saya menempah nasi putih ayam sambal, dan tren ini terikut-ikut oleh siti dan pali.

Destinasi terakhir: air terjun gunung pulai. hampa dan terkilan setelah sampai di destinasi yang tidak membenarkan pengunjung mandi di kawasan yang pernah menjadi tarikan suatu masa dahulu. ada kawat duri merentasi hutan dan sungai yang menghadkan pengunjung. tetapi mereka ini degil-degil orangnya. maka, faham-faham sajalah.

terima kasih kepada pemandu pelancong, abang jaluk. terima kasih kawan-kawan.

Friday, December 25, 2009

Lensa

2 comments
afiq: boss, you ada lens??

tauke: ada-ada. apa brand you mau?

afiq: canon. 55-250.

tauke: sikijap ah..saya kasi you tengok.

afiq: bole test?

tauke: you ada bawak kamera?

afiq: hm..brapa ni?

tauke: 950. suda murah kasi you.

afiq: wah. tak boleh murah lagi ka?

tauke: ini harga offer maa...suda murah..takda jumpa kedai lain..

afiq: you kasi murah la sikit boss. hari ni krismas. 900 tak boleh?

tauke: wah mana boleh. hm.. you punya pasal saya bagi 920 ok?

afiq: 900 la boss...

tauke: tak bole..920 suda murah..

Hari ini tujuh buah kedai kamera saya lawat, semua menggunakan dialog yang sama. semua berakhir dengan duka yang sama. sebenarnya tak cukup bajet hendakkan lensa baru yang mempunyai kuasa zoom tiga kali lebih baik daripada lensa yang sedang saya gunakan, tujuan ke kedai hanya untuk menjenguk-jenguk teknologi fotografi dan skali-skala mencuba teknologi tersebut. nantilah, kalau ada duit lebih dari elaun buku petronas, ke kedai lensa lah jawabnya.

nasib baik pemburuan ini di temani rakan, encik faizall yang mempunyai matlamat yang sedikit berbeza; mencari gajet yang manusia sumbat ke dalam telinga; MP3. tapi hasilnya juga sama; gagal.

cuti krismas ini seakan terlalu panjang. org tersayang pun tiada di sisi pulang ke desa menziarah sanak. sudah lari dari landasan topik ni.

apa-apa pun, lensa canon 55-250mm, lambat laun awak akan melekat pada kamera saya.hehe

Thursday, December 24, 2009

Balai Cerap UTM

2 comments
salam..

Fiq, Fuad, Fadly, Faizall, empat F yang sememangnye tiada kerja terutamanya pada waktu malam selepas makan malam (jika tiada tugasan daripada pensyarah). maka bersempena dengan ketiadaan kerja pada malam krismas ini, kami mengambil keputusan untuk bergambar di balai cerap UTM, tempat paling menarik untuk melihat permandangan UTM.

Terdapat jugalah beberapa kumpulan pelajar yang dipercayai pelajar beragama kristian dari sarawak yang menyambut hari natal di puncak balai cerap sambil makan-makan dan mengucapkan merry cristmas sesama mereka.

Sebelum menusia yang kami gelar 'pak guard' naik menghalau kami turun, kami kira adalah lebih manis jika kami mengambil beberapa keping gambar yang boleh meninggalkan kesan signifikan dalam jiwa remaja kami.

2010

tiada kerja

paliy baru turun dari langit

gambar ni bukan edit photoshop. dia memang jadi macam tu. saya pon tak tahu.

permandangan UTM pada waktu malam

sekian..

Di Sekitar UTM

0 comments
salam..

ni ade sebahagian daripada koleksi gambar saya yang mampu saya kongsi buat setakat ini. gambar-gambar ini diambil di sekitar UTM pada minggu lepas sebaik selepas naik semester baru disamping test DSLR baru..hehe..trima kasih kepada model-model yang manjayakan gambar-gambar saya termasuk cik kumbang.
model: cik adilah, lokasi: tasik UTM

pandangan UTM dari balai cerap


bunga depan pejabat HEP

panning shot: trima kasih kepada pemandu kelisa

kumbang pemalu
sekian.

Percubaan

0 comments
salam..

testing...testing...hehe..tibe-tibe terdetik di sudut hati kecil ini untuk memulakan sesuatu yang membolehkan saya berkongsi dengan dunia tentang apa-apa, yang sebelum ini jauh sekali untuk melakukannya tambah-tambah bagi manusia yang kurang kerap dan kurang cekap bersosial di jaringan dunia lebar.

diharapkan dengan terbitnya blog ini dapatlah saya memberitahu dan berkongsi dengan semua, apa yang saya lihat dunia ini dengan mata kurniaan Ilahi menerusi hujung jari-jemari ini.

sekain.