Showing posts with label outing. Show all posts
Showing posts with label outing. Show all posts

Thursday, April 22, 2010

nusajaya

0 comments
salam..

outing ke nusajaya yang asalnya akan disertai oleh 7 orang, tapi last-last hanya 3 orang aje yang jadi. aiman 'post hardcore', daus 'alchemy photo' dan saya afiq 'photografiQ'. campur adila 'the charming' sorang lagi jadi 4. yang lain ade yang dah balik kampung, ada yang kene jumpe lecturer dan ada yang kene push dengan parents suruh siapkan thesis. walau apa pon, ini adalah antara hasil outing tadi. yang kurang menariknye, langit tak cantik. mendung nak hujan.






last skali group photo. dari kiri: the charming, photografiQ, alchemy photo, dan post hardcore.
sekian..

Tuesday, April 20, 2010

outing lepas exam

2 comments
salam..

tadi petang outing bersama usin_daz, alchemy photo, voilet biru, hafizuddin tajudin ke danga bay. hasil tidak memuaskan hati langsung. rasa tak nak uplod je. tapi disebabkan lama tak uplod, kasi masuk jugak lah.

sekian..

Tuesday, April 6, 2010

CLS Photoshoot

11 comments
salam..

ini sebahagian dari hasil CLS (creative lighting system) photoshoot dekat balai cerap sebentar tadi yang dikendalikan oleh ketua jkk PSDC wilayah selatan, Pakya. ramai gak photographer join. dekat 10 orang. siapa yang takde bateri grip tu segan lah sikit. yang lain semua kamera canggih-canggih dengan lens yang bukan kitlens.

antara perkara yang di ajar adalah cara off-body flash termasuk guna reflector, dan pencahayaan menggunakan payung (orang kampung saya sebut umbrella).

ok ini gambar muqaddimah. G-force yang bersusah payah menjadi model.

ok gambar dekat gambar bawah ni hasil guna off-body flash. terima kasih kepada Hafiz yang bagi pinjam ex580ii + trigger. model: firdaus.
gambar yang ni pula guna payung. gune SB600 + trigger + payung Pakya. model: Pakya.

gambar yang last ni disebalik tabir. hehe.
sekian..

Sunday, March 14, 2010

outing Johor Bahru

9 comments
salam..

ini hasil outing di sekitar bandaraya Johor Bahru bersama-sama encik 20D a.k.a usin, encik faizall 'the kental' dan si ketot rizal dari planet marikh. antara destinasi persinggahan adalah sutera mall yang bersifat 1 MALAYSIA, mc donald bukit indah yang baik hati bagi mcChicken burger 1 free, hutan bandar yang banyak nyamuk dan banyak subjek, dan danga bay.


ok itu saja.
sekian..

Friday, February 26, 2010

Danga Bay (edisi outing PSDC)

0 comments
salam..

petang jumaat maulidurrasul, ketua jkk PhotoSantai cawangan selatan, sifu Pakya ajak kami outing di danga bay untuk apa lagi, untuk ambik gambar lah! ramai jugak join sampai kawan-kawan vB yang pakai kamera compact pun ikut. (p/s vB- gurau..).tujuan outing kali ni lebih memerincikan kearah low light shooting dan mengasah kekreatifan kitorang semasa kekurangan cahaya. gambar dalam post ini saya bahagi ikut ketegori, so kita enjoy!

kita mulakan dengan ketegori lanskap..
okeh apa yang terkurang dekat dalam gambar di bawah??btul..tiada foreground interest ye tuan-tuan dan puan-puan..perbaiki lagi di masa depan.

seterusnya ketegori light trails. ok dah kot rasanya. sape-sape yang pakar tolong komen. rasenye composition dan framing perlu repair.

yang bawah ni rasanya boleh masuk ketegori still life.

gambar panning pak guard naik moto. yang ni framing kene jaga. (bagi komen untuk diri sendiri)

lepas tu ketegori OOF pulak.(Out of focus)

yang bawah ni pulak ketegori candid @ portrait.

satu gambar untuk ketegori sport.

dan yang terakhir ketegori feveret. silhouette.
sekian..
p/s-kalau ada nak komen/kritik tentang gambar sila lah komen atau tulis dekat kanan ni.tq