Thursday, June 3, 2010
KL Bird Park
Wednesday, May 19, 2010
kemaman terengganu
usindaz, faizall cullen dan saya ke kemaman terengganu untuk program 'job hunt' anjuran kami sendiri. antara pengisian program adalah seperti melawat pantai moknik, makan kepok lekor,sata dan otak-otak, makan malam nasi kukus bersama kak lia, KSB, jejak kasih bersama junior yang sedang intern dan sesi ambil gambar. sekian laporan.




sekian..p/s- ini kali pertama edit gambar guna adobe photoshop.
Saturday, May 1, 2010
Broga Hills
kepada vB, alchemy photo, usindaz, sori tak ajak korang. it was unplanned. saya on the way balik kampung dan singgah sekejap di bukit-bikit broga (broga hills). yang menarik dekat situ langit dia kaler biru. dan kalau dapat sunrise, langit kaler biru jingga sangat cantik. ni hasil-hasilnya.terima kasih pade model-model termasuk abang uitm yang baru berkenalan masa hiking.
Tuesday, March 30, 2010
pesta konvo 44
draft psm dah hantar, nak update la blog ni sikit. seminggu tak jenguk blog ni. sibuk punya pasal. sibuk test. sibuk psm. sibuk amik gambar konvo. gambar-gambar ni adalah gambar sepanjang pesta konvo minggu lepas. tapi tak dapat banyak gambar. sikit je dapat. takpe lah.
oh ya..dengan signature baru..[photografiQ]--best tak signature ni?
sekian..
Tuesday, March 23, 2010
batu layar
gambar ni dah lama terperuk dalam external hard disk. godek-godek balik. ni gambar dekat batu layar. pergi sana lepas kenduri kawen abang ceper. tak bawak baju mandi sebab pergi situ memang tujuan nak ambik gambar je. kawan-kawan yang lain je pergi mandi. niat nak buat slow shutter, tapi kalau dah terang benderang macam ni, takde CPL atau ND, tak payah lah.
sekian..
Sunday, March 14, 2010
outing Johor Bahru
ini hasil outing di sekitar bandaraya Johor Bahru bersama-sama encik 20D a.k.a usin, encik faizall 'the kental' dan si ketot rizal dari planet marikh. antara destinasi persinggahan adalah sutera mall yang bersifat 1 MALAYSIA, mc donald bukit indah yang baik hati bagi mcChicken burger 1 free, hutan bandar yang banyak nyamuk dan banyak subjek, dan danga bay.
ok itu saja.
sekian..
Saturday, March 13, 2010
fakulti kejuruteraan kimia dan kejuruteraan sumber asli
minggu lepas lepas buat lab psm (taknak sembang pasal psm) kebetulan bawak kamera sebab nak ambik gambar alatan dan radas yang digunakan di makmal untuk diselitkan dalam report psm. "alang-alang menyeluk pekasam, biar basah siku" orang-orang lama cakap. ambik la beberapa keping gambar fakulti kesayangan ini. dulu masa tahun satu, ada satu teka-teki di utm. "dalam banyak-banyak fakulti, fakulti apa yang gagap?" ha...ini la dia fakulti saya..FKKKKKKKSA.(sebenarnya FKKKSA)
Friday, February 19, 2010
Cuba Layout Baru
Saturday, January 16, 2010
Cuti-Cuti Bajet 3 (Gunung Berlumut)
memang aktiviti kami, asal hujung minggu saja jalan. asal hujung minggu saja berkelah. destinasi ketiga program Cuti-Cuti Bajet Geng Budak Dadih ialah air terjun hutan lipur gunung berlumut. lebih 2 marhalah dari UTM. yang lucunya, hendak dicukupkan 2 marhalah, kami pusing pekan kluang 2 kali! patut rasa semacam aneh semua bangunan seakan pernah jumpa. pada mulanya saya ingat ia adalah seperti kejadian dejavu atau yang pernah saya tonton dalam televisyen, seseorang yang sesat dan semua jalan menuju tempat yang asal. (faham tak?)
saya, adilah, pali, faizall, fuad, khairee, nisa, fatin, juan, safina, asmahani, fatihah. cukup 3 buah kereta. selepas mengalas perut di restoren noor, kami memulakan perjalanan. keberangkatan agak lewat kerana ada salah seorang terlajak tidur. tak perlu sebut lah namanya bagi menjaga keaiban beliau.
perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam cukup meletihkan. terutamanya bila perlu pusing pekan kluang sebanyak 2 kali. tapi setibanya kami di hutan lipur gunung berlumut, segala keletihan dan kemengantukan itu hilang bak pasiran pantai terhakis oleh ombak nan indah. juan kelihatan sangat gembira dapat bertemu dengan babun-babun hutan.
setelah selesai menunaikan solat, kami bergerak ke dalam hutan lipur. ramai juga pengunjung sebab hujung minggu. kami mencari 'port' yang tersorok sedikit bagi memberikan privasi kepada tukang masak dan tukang bakar sekalian untuk menumpukan perhatian. menu hari itu; nasi goreng lauk sosej bakar dan daging burger bakar.
selepas semua selesai makan, kami memulakan aktiviti bermain air. (sebelum makan pun sudah ada yang mandi sungai, tak tolong masak pun. tapi namanya terpaksa dirahsiakan bagi menjaga keaiban beliau). pali dan saya serta adilah menunjukkan keberanian kami terjun dari tebing tinggi (kira-kira bangunan 4 tingkat) dan juan serta fatin menunjukkan kehandalan mereka renang berirama. fuad dan faizall tidak mahu ketinggalan dengan mempamerkan aksi berjalan dalam air yang agak merbahaya. safina yang baru sahaja lulus ujian kelayakan renang sukma menunjukkan kehandalan beliau berenang katak 50 meter ulang alik. nisa dan asmahani kelihatan tidak berminat dengan alasan air di
selesai mandi, kami tracking di sepanjang sungai melihat alam ciptaan Tuhan. safina jatuh 2 kali; satu dalam sungai dan satu semasa melangkah balak. beliau patut belajar cara mengimbangi badan dari sifu asmahani. walaupun asmahani tinggi, tapi beliau stabil. dihujung trek, ada diantara kami yang sambung bermain air dan ada yang hanya duduk mengambil foto kenang-kenangan.
sebelum pulang, sempat lagi juan dan fatin berenang-renang. belum puas katanya. apa-apa pun kita doakan kesejahteraan mereka berdua.
kami sempat mengambil beberapa keping foto beramai-ramai sebelum bergerak meninggalkan gunung berlumut. destinasi berikutnya, senibong. tempat makan makanan laut paling sedap dalam sejarah johor. (habislah duitku). dengan menempah set A (siakap 3 rasa 2 ekor, ketam, udang goreng butter, sotong goreng tepung, kepah, kerang, sayur kailan, cendawan, air laici dan air limau ais) kami tidak menunggu lama untuk mengosongkan segala pinggan di hadapan kami. kelakar melihat gelagat faizall dan fatin yang teruja untuk menggunakan playar untuk membuka ketam.
habis makan kami pun pulang ke UTM. terima kasih kawan-kawan.
sekian..










