Saturday, January 16, 2010

Cuti-Cuti Bajet 3 (Gunung Berlumut)

salam..


memang aktiviti kami, asal hujung minggu saja jalan. asal hujung minggu saja berkelah. destinasi ketiga program Cuti-Cuti Bajet Geng Budak Dadih ialah air terjun hutan lipur gunung berlumut. lebih 2 marhalah dari UTM. yang lucunya, hendak dicukupkan 2 marhalah, kami pusing pekan kluang 2 kali! patut rasa semacam aneh semua bangunan seakan pernah jumpa. pada mulanya saya ingat ia adalah seperti kejadian dejavu atau yang pernah saya tonton dalam televisyen, seseorang yang sesat dan semua jalan menuju tempat yang asal. (faham tak?)

saya, adilah, pali, faizall, fuad, khairee, nisa, fatin, juan, safina, asmahani, fatihah. cukup 3 buah kereta. selepas mengalas perut di restoren noor, kami memulakan perjalanan. keberangkatan agak lewat kerana ada salah seorang terlajak tidur. tak perlu sebut lah namanya bagi menjaga keaiban beliau.

perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam cukup meletihkan. terutamanya bila perlu pusing pekan kluang sebanyak 2 kali. tapi setibanya kami di hutan lipur gunung berlumut, segala keletihan dan kemengantukan itu hilang bak pasiran pantai terhakis oleh ombak nan indah. juan kelihatan sangat gembira dapat bertemu dengan babun-babun hutan.



setelah selesai menunaikan solat, kami bergerak ke dalam hutan lipur. ramai juga pengunjung sebab hujung minggu. kami mencari 'port' yang tersorok sedikit bagi memberikan privasi kepada tukang masak dan tukang bakar sekalian untuk menumpukan perhatian. menu hari itu; nasi goreng lauk sosej bakar dan daging burger bakar.

selepas semua selesai makan, kami memulakan aktiviti bermain air. (sebelum makan pun sudah ada yang mandi sungai, tak tolong masak pun. tapi namanya terpaksa dirahsiakan bagi menjaga keaiban beliau). pali dan saya serta adilah menunjukkan keberanian kami terjun dari tebing tinggi (kira-kira bangunan 4 tingkat) dan juan serta fatin menunjukkan kehandalan mereka renang berirama. fuad dan faizall tidak mahu ketinggalan dengan mempamerkan aksi berjalan dalam air yang agak merbahaya. safina yang baru sahaja lulus ujian kelayakan renang sukma menunjukkan kehandalan beliau berenang katak 50 meter ulang alik. nisa dan asmahani kelihatan tidak berminat dengan alasan air di sana cetek. fatihah pergi bermain air dengan kanak-kanak lain. khairee diam di tepi mengawasi nisa dari jauh.



selesai mandi, kami tracking di sepanjang sungai melihat alam ciptaan Tuhan. safina jatuh 2 kali; satu dalam sungai dan satu semasa melangkah balak. beliau patut belajar cara mengimbangi badan dari sifu asmahani. walaupun asmahani tinggi, tapi beliau stabil. dihujung trek, ada diantara kami yang sambung bermain air dan ada yang hanya duduk mengambil foto kenang-kenangan.



sebelum pulang, sempat lagi juan dan fatin berenang-renang. belum puas katanya. apa-apa pun kita doakan kesejahteraan mereka berdua.



kami sempat mengambil beberapa keping foto beramai-ramai sebelum bergerak meninggalkan gunung berlumut. destinasi berikutnya, senibong. tempat makan makanan laut paling sedap dalam sejarah johor. (habislah duitku). dengan menempah set A (siakap 3 rasa 2 ekor, ketam, udang goreng butter, sotong goreng tepung, kepah, kerang, sayur kailan, cendawan, air laici dan air limau ais) kami tidak menunggu lama untuk mengosongkan segala pinggan di hadapan kami. kelakar melihat gelagat faizall dan fatin yang teruja untuk menggunakan playar untuk membuka ketam.

habis makan kami pun pulang ke UTM. terima kasih kawan-kawan.

sekian..

0 comments:

Post a Comment