Saturday, January 2, 2010

Cuti-Cuti Bajet 2 (Kota Tinggi dan Tanjung Balau)

Kali ini kami semua lebih menepati masa. Janji gerak jam 8 pagi, kira-kira 8.15 kami semua sudah bersiap untuk bertolak. beranggotakan saya, adik saya hamizah, adilah, faizall, nisa, khairee, asmahani (180cm), safina, pali, fuad dan tidak ketinggalan, abang jaluk; kami memulakan langkah perjalanan kami dengan mengalas perut di restoren safiah (mee goreng yang kurang menyelerakan).



dalam perjalanan yang melebihi 2 marhalah itu, kami singgah sebentar di pekan kota tinggi bagi membeli kelengkapan barbeque; daripada arang sampailah ke sosej, semua kami beli. macam mana hendak bahagi-bahagi duit lepas ini, jangan tanya saya. saya cuma menganggap semua perbelanjaan ditanggung oleh orang kaya baru (JPA). tak tahulah mungkin kemudian orang kaya baru ini akan tuntut semula duitnya.

setibanya di air terjun kota tinggi, (agak terkejut dengan harga tiket masuk, RM 7.50), kami membuat muka selamba membawa masuk makanan dan peralatan barbeque. menyedari bahawa makanan luar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk, kami membuat kesalahan lain iaitu tidak memakai tag tangan supaya kesalahan membawa makanan tidak dapat dikesan oleh pemeriksa. tetapi papan kenyataan dilarang membawa makanan berada di mana-mana menyebabkan kami membatalkan niat untuk membuat barbeque di kawasan itu. setelah mendapat satu 'port baik' untuk meletakkan barang-barang kami, kami pun tidak menunggu lama untuk berada di dalam air.


ramai juga manusia dari berbilang bangsa beriadhah di situ terutamanya bangsa yang berkulit lebih gelap sedikit tetapi kami semua yang bersemangat 1malaysia tidak berfikir panjang untuk menyertai mereka di dalam keindahan alam semulajadi.

setelah puas berekreasi dan mempraktikkan renang gaya anjing, katak dan sebagainya, kami meneruskan perjalanan ke pantai tanjung balau. tetapi sebelum itu kami singgah di pasaraya berdekatan untuk membeli beberapa lagi barang yang dirasakan perlu dan singgah di masjid kota tinggi untuk menunaikan kewajipan.

kurang satu jam, kami sampai di tanjung balau, pantai yang terkenal dengan batu-batu pelik dipercayai lapisan shale dan sandstone yang termendap selepas zaman dinosour. waktu pun sudah agak lewat hampir maghrib, kami kuatkan azam untuk menghidupkan bara api untuk membakar sosej dan skalop ayam walaupon ia memakan masa yang agak lama.


setelah makan, kami meneruskan perjalanan pulang ke UTM. walaubagaimanapun, kumpulan fuad menghilang, dipercayai pergi ke pusat karaoke.

sekian..

0 comments:

Post a Comment