Tuesday, January 19, 2010

Super Peon 2-1 Odd Family

percaturan baru pengurus pasukan Super Peon, Sir Mamoo Boboy menjadi apabila pasukan itu berjaya membenam Odd family dengan 2 gol berbalas 1 dalam perlawanan bola sepak UTM Stylo League. selepas menang sebentar tadi, SuperPeon berpeluang menamatkan kemarau emas selama 13 sem apabila peluang untuk ke final tampak cerah.

kesebelasan utama yang dibariskan Sir Mamoo Boboy mempamerkan perwatakan kental untuk mengejutkan pihak lawan apabila mampu bangkit selepas ketinggalan 1-0 di babak pertama. jaringan pembukaan oleh Suhaimi Yusuf seawal minit ke-13 tidak melunturkan semangat barisan pemain Super Peon. gol penyamaan yang berjaya dilakukan oleh Hadza Hizwan pada minit ke-46 hasil gerakan solo nyata melenyapkan sorakan gamat 20,000 penyokong Odd Family.

gol kedua Super Peon diperolehi hasil dari sepakan penalti pada minit ke-54 selepas bola terkena tangan Bakhtiar Hassan. Hadza Hizwan tidak mensia-siakan peluang untuk memperolehi 3 mata penuh buat pasukannya selepas menyempurnakan gol dengan sepakan mudah.

pemain paling veteran, Mohd Yazdaan dilayangkan kad kuning selepas mengasari dengan menendang dada pemain lawan pada separuh masa kedua.

"mereka benar-benar berhak meraikan kemenangan ini. mereka mempamerkan aksi menarik tanpa perlu saya banyak berteriak memberi arahan dari luar padang" ulas Sir Mamoo Boboy. Beliau mengakui mengalami kesulitan menyusun pasukan kerana ramai anak buahnya yang mengalami kecederaan.

"Gol ini khas untuk semua penyokong Super Peon" ujar penjaring gol, Hadza Hizwan dengan ringkas. pertemuan selepas ini dijangkakan akan lebih sengit dan semua penyokong diminta turun untuk menghangatkan lagi stadium Kolej 17.


percubaan jarak jauh Md Ghazali


reaksi Hadza Hizwan selepas membolosi gawang pihak lawan


Bahar cuba melepasi pemain pertahanan

aksi Aiman sebelum membuat hantaran lintang


ketika Hakim gagal menyelamatkan gol Odd Family

barisan pemain Super Peon


para penyokong Super Peon


pengurus pasukan Sir Mamoo Boboy

tunggak pemain tengah, Huzairi

sekian laporan.

0 comments:

Post a Comment