Tuesday, January 26, 2010

Hari Jadi Azim ke15

salam..

teringat masa saya form 3 (yang ni memang tak boleh lupa)..masa tu 'nerd-nerd' lagi. hari tu hari jumaat. hari tu jugak hari jadi rakan sekelas saya di 3C, Azim. macam biasa, secara tradisinya 'birthdayboy' ni kena lah bersiap sedia dan redha menghadapi apa saja kebarangkalian yang akan berlaku keatas dirinya. dan pada hari itu, kami satu batch dah rancang nak baling telur mentah kat dia. itu rancangan nya.

nak dijadikan cerita, kelas terakhir sebelum pulang ke hostel adalah kelas bahasa melayu yang diajar oleh cikgu Samsurina. cikgu kata, kena siapkan karangan sebelum balik. siapa yang belum siap tak boleh balik. maka kami pun mengarang la dengan penuh tekun. kebetulan saya yang tak berapa pandai mengarang ni habis awal pulak buat karangan, saya pun pergi lah depan hantar kertas saya. masa saya hantar kertas, saya bisik pada cikgu Samsurina, "cikgu, hari ni befday azim, kitorang nak baling telur kat dia". cikgu samsurina ni sporting, cikgu angguk sambil tersenyum melihat 3 biji telur dalam songkok saya. (hari jumaat kena pakai baju melayu dan songkok). Cikgu Samsurina faham lah yang si Azim ni kena keluar paling lambat.

saya kemas buku dan keluar kelas. di luar kelas, ada lebih kurang 20 orang rakan saya dari kelas yang lebih cerdik telah bersiap sedia dengan telur masing-masing (sila jangan salah faham). ada telur yang berconteng dengan marker pen dan sebagainya. mereka beli telur di kantin waktu rehat kot. kami tunggu la di luar kelas ni. dah 15 minit tak keluar-keluar pulak si Azim ni bisik salah seorang dari kami. lama benar dia mengarang. tulis jernal mungkin.

tiba-tiba, ada la seorang hamba Allah ni, dah hilang sabar agaknya, di bukak nya pintu kelas, lalu dihumban nya telur kearah Azim yang sedang berdiri di tempat duduknya di belakang. tapi yang si Azim ni sempat tunduk, dan kebetulan cikgu Samsurina dekat belakang Azim masa tu. maka telur tu pun terkena lah dahi cikgu Samsurina. menjerit cikgu sampai bilik guru boleh dengar kot. saya terkedu tengok cikgu, toleh belakang semua rakan saya dah lintang pukang berlari 500 meter dari tempat kejadian. saya pandang cikgu balik, cikgu menangis sambil tangannya mencapai handbag lalu ke bilik guru.

aduh gelabah tak tahu nak kata. ada la kurang 10 orang yang ada dalam kelas masa itu. rakan saya Syah, ajak saya ke bilik guru pergi minta maaf. kami pun berjalan perlahan ke bilik guru. takut. langkah saja masuk bilik guru, semua cikgu yang ada dekat situ, semua, pandang kami. rasa macam nak keluar balik. rasanya semua cikgu dah tahu apa yang berlaku. Syah tanya salah seorang guru dekat situ, mana cikgu Samsurina. tiada. ke tandas mungkin. kami gagahkan diri tunggu cikgu Samsurina. kami tunggu sampai salah seorang dari guru di situ cakap cikgu Samsurina dah balik.

hari isnin cikgu Samsurina tak masuk kelas. kami sekali lagi pergi ke bilik guru nak minta maaf. hasilnya, semua pelajar lelaki tingkatan 3 kena jemur tengah panas dekat tapak perhimpunan hampir 2 jam.

mintak maaf cikgu Samsurina, dan selamat hari lahir Azim.

0 comments:

Post a Comment