Friday, March 19, 2010

saya main bowling

2 comments
salam..

nak letak gambar sendiri main bowling. walaupon yg main 4 org, tapi saya rasa mereka ni tak hebat. haha. rumet sengal pali, encik kurus kaya fuad, dan encik kaki ngail jalok, ada masa korang praktis kalahkan afiq terer tu. sape menang gambar akan diupload ke crayon.


sekian.

Sunday, March 14, 2010

outing Johor Bahru

9 comments
salam..

ini hasil outing di sekitar bandaraya Johor Bahru bersama-sama encik 20D a.k.a usin, encik faizall 'the kental' dan si ketot rizal dari planet marikh. antara destinasi persinggahan adalah sutera mall yang bersifat 1 MALAYSIA, mc donald bukit indah yang baik hati bagi mcChicken burger 1 free, hutan bandar yang banyak nyamuk dan banyak subjek, dan danga bay.


ok itu saja.
sekian..

product shoot 2: lenses

2 comments
salam..

versi product shoot nombor 2, subjek; lens. terima kasih pada aiman yang menimbulkan idea ini. bukan ciplak, tapi meniru juga salah satu cara untuk belajar hehe.

set up dalam studio (pantry) adalah seperti dibawah. sepatutnya perlu dua flash untuk buat product shoot. satu untuk subjek, satu bounce background. tapi ada satu aje flash, so tembak dari atas nak elakkan bayang-bayang. tapi still ada lagi. sila komen. :)

sekian..

Saturday, March 13, 2010

fakulti kejuruteraan kimia dan kejuruteraan sumber asli

4 comments
salam..

minggu lepas lepas buat lab psm (taknak sembang pasal psm) kebetulan bawak kamera sebab nak ambik gambar alatan dan radas yang digunakan di makmal untuk diselitkan dalam report psm. "alang-alang menyeluk pekasam, biar basah siku" orang-orang lama cakap. ambik la beberapa keping gambar fakulti kesayangan ini. dulu masa tahun satu, ada satu teka-teki di utm. "dalam banyak-banyak fakulti, fakulti apa yang gagap?" ha...ini la dia fakulti saya..FKKKKKKKSA.(sebenarnya FKKKSA)
sekian..

Tuesday, March 9, 2010

paranormal entiti

4 comments
salam..

gambar ini bukan edit. ini gambar yang betul-betul dari kamera saya. dianggarkan gambar dirakam lebih kurang jam 10.30 mlm di lorong berhadapan bilik saya. kelihatan satu kelibat lembaga berwajah seperti saya menghampiri bilik ini dan dipercayai sedang mencari tshirt yang hilang beberapa hari lepas. lembaga tersebut hanya menutup auratnya dengan sehelai selimut. kepada semua rakan-rakan di utm, harap berwaspada dan jangan sembunyikan tshirt lembaga ini.


ok, kisah benar. nak ambik gambar macam ni kita setkan slow shutter, lebih kurang 15 saat dan aperture kecil, contoh yang saya guna adalah f16. set kan flash pada full power dan hala flash ke muka subjek. subjek perlu statik depan kamera selama separuh dari masa bukaan shutter, dalam kes ini, 7 saat dan selepas itu sila lari dari frame. jom cube. hehe.

Sunday, March 7, 2010

katakan tak nak pada merokok

0 comments
salam..


katakan taknak pada rokok, tapi untuk jadi model iklan taknak merokok, dibolehkan untuk merokok. kepada shairi a.k.a ceper yang menjadi model perokok saya, saya ucapkan terima kasih dan sila berhenti merokok.

sekian..

p/s- SAYA TIDAK MEROKOK!

Saturday, March 6, 2010

photoshoot adilah

0 comments
salam..

model: diela
lokasi penggambaran: gunung pulai
tarikh: 6 mac 2010
exif: 1/200, f5.6, iso400
semua gambar tidak di edit!
(p/s-kami pergi ramai-ramai..)

komen-komen lah ye..
sekian..