gambar ini bukan edit. ini gambar yang betul-betul dari kamera saya. dianggarkan gambar dirakam lebih kurang jam 10.30 mlm di lorong berhadapan bilik saya. kelihatan satu kelibat lembaga berwajah seperti saya menghampiri bilik ini dan dipercayai sedang mencari tshirt yang hilang beberapa hari lepas. lembaga tersebut hanya menutup auratnya dengan sehelai selimut. kepada semua rakan-rakan di utm, harap berwaspada dan jangan sembunyikan tshirt lembaga ini.
ok, kisah benar. nak ambik gambar macam ni kita setkan slow shutter, lebih kurang 15 saat dan aperture kecil, contoh yang saya guna adalah f16. set kan flash pada full power dan hala flash ke muka subjek. subjek perlu statik depan kamera selama separuh dari masa bukaan shutter, dalam kes ini, 7 saat dan selepas itu sila lari dari frame. jom cube. hehe.




