Wednesday, March 3, 2010

product shoot 1 (crayon)

0 comments
salam..

testing sekali product shoot. subjek pertama jadi mangsa adalah crayon faber-castell beli dekat rainbow tadi berharga RM2.80. sebab dah nama blog ni pun CRAYON, crayon kan aje lah.

komen lah mana-mana yang rasa cacat sebab ini pun kali pertama cuba. background guna kertas mahjung aje, flash bounce pada background, lens guna 50mm f1.8.

sekian..

p/s-siapa-siapa yang buat bisnes dan nak buat iklan dan nak saya shootkan produk jualan, boleh hubungi saya. hehe

Tuesday, March 2, 2010

ala emak kahwinkan saya

12 comments
salam..

buat mak tercinta di kampung halaman. mak, abang dah dapat sijil kursus kahwen. bile abang boleh kahwen?

pecah kaca habis tersadai,
lepas mak baca harap mak reply..

sekian..

Saturday, February 27, 2010

Abang kembar Shairi dah kahwin!

3 comments
salam..

siang tadi pergi ke kota tinggi untuk menghadiri majlis kahwin abang kembar jiran bilik sebelah, ceper atau lebih dikenali sebagai shairi. tapi malas nak uplod gambar banyak, penat drive belom habis lagi. bila tengok balik gambar, saya terfikir sejenak "kalau ada speedlite ni memang best". betul la orang-orang tua cakap, ambil gambar wedding kalau takde speedlite memang cacat. tengok OP dia pakai CANON jugak dengan ultra-wide lens siap dengan wide converter tambah lagi 580EX mounted atas camera dia, memang segan la nak tegur. duta CANON dari kamera ke bagpack.

apa-apa pun layan kan aje lah gambar ni.

sekian..

Friday, February 26, 2010

Danga Bay (edisi outing PSDC)

0 comments
salam..

petang jumaat maulidurrasul, ketua jkk PhotoSantai cawangan selatan, sifu Pakya ajak kami outing di danga bay untuk apa lagi, untuk ambik gambar lah! ramai jugak join sampai kawan-kawan vB yang pakai kamera compact pun ikut. (p/s vB- gurau..).tujuan outing kali ni lebih memerincikan kearah low light shooting dan mengasah kekreatifan kitorang semasa kekurangan cahaya. gambar dalam post ini saya bahagi ikut ketegori, so kita enjoy!

kita mulakan dengan ketegori lanskap..
okeh apa yang terkurang dekat dalam gambar di bawah??btul..tiada foreground interest ye tuan-tuan dan puan-puan..perbaiki lagi di masa depan.

seterusnya ketegori light trails. ok dah kot rasanya. sape-sape yang pakar tolong komen. rasenye composition dan framing perlu repair.

yang bawah ni rasanya boleh masuk ketegori still life.

gambar panning pak guard naik moto. yang ni framing kene jaga. (bagi komen untuk diri sendiri)

lepas tu ketegori OOF pulak.(Out of focus)

yang bawah ni pulak ketegori candid @ portrait.

satu gambar untuk ketegori sport.

dan yang terakhir ketegori feveret. silhouette.
sekian..
p/s-kalau ada nak komen/kritik tentang gambar sila lah komen atau tulis dekat kanan ni.tq

Thursday, February 25, 2010

Sukaneka Surau Jauharul Muttaqin

0 comments
salam..

sempena sambutan maulidurrasul kali ini, kami beberapa student UTM mewakilkan diri kami untuk membantu pihak surau Jauharul Muttaqin, di Mutiara Rini bagi menganjurkan sukaneka untuk penduduk sekitar. seronok dapat melihat gelagat kanak-kanak yang bermain sukaneka di sana. yang penting, dapat makan free. ini antara gambar-gambar di sukaneka tersebut.








sekian..

Monday, February 22, 2010

Petang di UTM 2

2 comments
salam..

lepas hujan semalam sifu pakya ajak ambil gambar sekitar UTM bersama ada lagi beberapa kenalan baru. saya ajak firdaus sekali, mesti bawak geng CANON. mana boleh semua nak NIKON. ini antara hasilnya. tak banyak pun hasil. banyak bersembang aje.


yang gambar bawah ni gambar silhouette curik dari facebook aiman. thanx ye aiman. nice pic.


sekian..

p/s- vB kene tgk entri nih hehe

Saturday, February 20, 2010

Kunci

0 comments
"hari ni hari sabtu, saya ada kokurikulum!!" bisik hati kecik ku. semalam saya menonton rakaman kartun doraemon sampai terlelap di ruang tamu. bangun dari sofa, saya terus menuju ke dapur setelah menghidu mee goreng mak.

"mak masak ape??" saja saya tanya nak memulakan perbualan walaupun dah tahu mak masak mee goreng. mak pandang saya.

"abang ada pengangkap kan hari ni??kenapa tak siap lagi??"kata mak. saya pun terus naik atas ke bilik saya nak ambik uniform pengakap. alamak, macam mana pintu bilik boleh kunci ni? saya pun tolak-tolak pitu tu cuba nak buka. tak berhasil.

"mak, pintu terkunci ni..macam mana??" saya jerit dari atas. mak diam saja. saya turun balik ke dapur. capai pisau potong daging mak yang besar tuh naik atas balik.

"tak payah pergi la" mak cakap. saya tak hirau. habis tombol pintu tu saya kopak. pintu tu saya dah tendang-tendang berazam nak pergi jugak pengakap pagi tu.

lepas 10 minit, saya turun bawah balik dengan berpakaian lengkap pengakap. senyum.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
" kalau ye pun nak pecahkan pintu, tanya la dulu kunci dekat mana.."kata mak sambil kunci bilik di tangan beliau.