Wednesday, February 10, 2010

Bunga-bungaan

3 comments
salam..

post ini khas saya tujukan buat mak saya yang memang peminat bunga sepanjang zaman. gambar-gambar ni di ambil di sekitar taman herba UTM. bosan petang tadi jadi pergi jalan bersama encik ceper jiran bilik sebelah.

sila bagi nama bunga di bawah. saya tak tahu.

yang ini bukan ketegori bunga, ini ketogori rampai. nama saintifik dia, lalang. tapi cantik sebab kene pantulan cahaya matahari.


sekian..

p/s- semua gambar dalam blog ini, setakat ini hanya di touch-up dengan tambah sedikit contrast atau colour saturation. saya belum pandai guna Photoshop. jadi ada siapa-siapa nak ajar saya guna Photoshop?

Friday, February 5, 2010

Sunset di tasik UTM

0 comments
salam..

hari ahad lepas pergi amik gambar sunset tepi tasik dengan sifu pakya. belajar guna white balance. sebelum ni tak pernah nak cuba pulak function WB sebab rasanya result macam lebih kurang sama. semua gambar di shoot hanya menggunakan kit lense. ha baru tau kehebatan kit lense yang selama ni di pandang rendah. ni ada beberapa keping boleh di share.


sekian..

Thursday, February 4, 2010

Karnival Keusahawanan

salam..

isnin dan selasa lepas (1 & 2 feb 2010) , seksyen enterprenuership kami gabung dengan kanak-kanak matematik dan ada juga dari fakulti sains telah bekerjasama menganjurkan satu karnival membeli belah di perkarangan masjid sultan ismail UTM. karnival selama 2 hari ini bertujuan untuk mendapatkan A bagi subjek keusahawanan ini. tujuan kedua adalah untuk develop shopping skill dikalangan pelajar UTM. kami juga belajar cara-cara memaksa pelanggan untuk membeli barangan atau makanan yang kami jual walaupun dengan harga yang tidak berpatutan.

sandwich burger sir mamoo boboy antara yang mencuri perhatian pelanggan mahupun peniaga sekeliling. terdapat juga persaingan sihat antara crocs local dan crocs original yang diusahakan oleh encik ainul yang mempunyai kaki yang original. satu lagi produk yang mendapat tempat di hati pelanggan adalah ais goyang (betul kan?).

diharapkan kami memperolehi A dalam subjek ini dan tahniah kepada semua peniaga yang untung mahupun rugi. kepada yang rugi, sila belajar cara-cara berniaga dari usahawan muda encik rudy.


sekian..

Monday, February 1, 2010

Selamat Hari Lahir Mak

0 comments
salam..

hari ini 1 feb 2010 adalah hari lahir mak saya Puan Lotfiah bt Ahmad yang ke-52. Selamat hari lahir mak. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. saya saaaaaayang mak saya.

ini mak saya

sekian..

Saturday, January 30, 2010

Oh Bulan

0 comments
salam..

rasa macam nak nyanyi lagu yuna, "oh bulan..enggan melayan diriku lagi". tadi dapat shoot satu gambar bulan. menarik. itu aje nak cakap. tapi lambat sikit la dapat snap gambar ni. mula-mula dah bawak kamera pergi tempat baik punya nak shoot. skali memory card tertinggal kat bilik. kalau dapat shoot awal tadi ada awan-awan dania lagi. waktu tengah malam awan semua dah takde.

tak ape lah. jom kita admire ciptaan Tuhan.

sekian..

Friday, January 29, 2010

Seram (takde la seram sangat)

0 comments
salam..

kisah ini berlaku waktu form5. biasalah nak SPM, waktu main, main lah. waktu makan, makan lah, waktu sembayang, sembayang lah. tapi waktu tidur, susah sikit. entah tak tahu la waktu tu kenapa susah sikit nak tidur. sebab fikir banyak lagi nak baca buku. biasa lah sekolah elit. pelajar pun rajin semacam la. padahal SPM lambat lagi kot.

jadi suatu malam ni, tiba-tiba boleh mengantuk la pulak. kawan-kawan lain semua tengah stadi. jadi nak tidur pun kurang senang la tengok yang lain stadi. dah mengantuk sangat dah ni. susah ni nak mengantuk macam ni. kalau tidur ni mesti nikmat yang amat. jadi saya pun tanam la azam yang tinggi nak bangun tengah malam karang stadi. lalu tidur la si kacak itu.

dalam pukul 2.30 pagi macam tu terjaga dari tidur. fuh memang kuat betul azam boleh terjaga macam tu. saya pun pergi la ke tandas nak basuh muka dan basuh tangan serta kaki. waktu tu semua dah tidur. sunyi je asrama. dah sikat rambut semua siap-siap nak stadi, capai beg yang ada sebelah katil. hari ni nak stadi agama Islam. alamak! buku tertinggal dekat kelas. aduh. malasnya nak ke sekolah waktu-waktu begini. karang nampak dek warden bertugas cikgu Aiza tu, habislah. ah, ambik buku je pun. takpe kot.

dalam malas-malas tu, tanam azam lagi nak stadi jugak. jadi saya pun berjalan la ke kelas yang terletak lebih kurang 600-700 meter dari bangunan asrama. waktu tu tak takut sangat. kawan-kawan selalu cakap sekolah kami ni keras. tapi entah la. dulu waktu kecik-kecik masa belum tumbuh gigi mak tak pernah cerita pasal hantu kot. jadi bila dah besar macam berani la sikit. (sikit aje la).

masa dah sampai dekat bangunan sekolah tu, saya pun naik la tangga. kelas saya dekat tingkat atas sekali, hujung sekali pulak tu. naik tangga. masa dekat tangga tingkat 2 nak sampai tingkat 3, tiba-tiba saya dengar suara ustaz Hamim panggil, "Afiq!", saya toleh la belakang, aik, ustaz Hamim kan balik kampung minggu ni, mana datang suara dia ni?? saya tengok dekat tingkat bawah, takde pun. ah abaikan la perasaan je kot. saya pun sambung naik tangga. baru dua langkah saya dengar lagi suara ustaz Hamim panggil, "Afiq!", saya toleh belakang. kali ni saya yakin suara tu betul-betul ustaz Hamim dan suara tu datang dari bengkel kemahiran hidup, sebelah tapak perhimpunan. saya pun teliti dekat kawasan tu. kosong takda orang. ini mencuakkan. hayun langkah laju ah pergi kelas. sekali ada lagi orang panggil "AaaaaaFiiiiqqq", kali ni suara perempuan. ala-ala soprano gitu. meremang tegak hah bulu roma tengkuk. cabut masuk kelas bukak semua lampu yang ada. (hantu takut cerah kan kan). lepas tu duduk dekat dalam kelas sampai rasa macam hantu tu dah jalan tempat lain. dalam setengah jam jugak la. ambik buku agama lepas tu balik bilik berlari. sampai bilik dah tak fikir nak stadi. katil terus la jawabnya.

sejak kejadian tu saya macam dah jadi penakut sikit. kalau nak buat apa-apa mesti fikir faktor makhluk lain jugak. tapi sekarang dah berani balik dah. hehe. itu saja.

sekian..

Thursday, January 28, 2010

Super Peon Terima Kekalahan

0 comments
Super Peon akui bahawa kelekaan pada saat-saat akhir perlawanan menyebabkan pasukan mereka tewas mengejut 2-1 kepada Spartans FC. "Spartans bijak mengambil peluang keatas kelekaaan dan kami akan kaji semula kelemahan kami untuk meningkatkan mutu permainan di masa akan datang." ulas Sir Mamoo Boboy.

Spartans FC mendahului 4 minit sebelum tamat separuh masa pertama hasil penyudah kemas penyerang berbisa pasukan mereka. pada separuh masa kedua, Super Peon lebih banyak mengatur serangan dan serangan mereka membuahkan hasil pada minit ke-42 apabila Aiman Hadi berjaya menyamakan kedudukan. semasa perlawanan dijangka tamat dengan kedua-dua pasukan berkongsi mata, Spartans FC bijak menyempurnakan peluang sepakan percuma untuk mengumpul 3 mata penuh buat pasukannya.

kedudukan terbaru UTM Stylo League belum dikeluarkan oleh pihak penganjur. bagaimanapun, kedudukan tidak rasmi masih meletakkan Super Peon di tangga teratas liga dengan kelebihan 2 mata di hadapan Spartans FC yang kini mengekori rapat di tangga kedua.


syed diawasi rapi oleh pemain Spartans FC


salah seorang pemain Spartans FC cedera semasa perlawanan


gol pertama Spartan FC


gol penyamaan Aiman Hadi

gol kedua Spartan FC dari sepakan percuma

sekian laporan..

wartawan: Afiq Hamid
jurugambar: Afiq Hamid, Suriani Mamat