Saturday, January 30, 2010

Oh Bulan

0 comments
salam..

rasa macam nak nyanyi lagu yuna, "oh bulan..enggan melayan diriku lagi". tadi dapat shoot satu gambar bulan. menarik. itu aje nak cakap. tapi lambat sikit la dapat snap gambar ni. mula-mula dah bawak kamera pergi tempat baik punya nak shoot. skali memory card tertinggal kat bilik. kalau dapat shoot awal tadi ada awan-awan dania lagi. waktu tengah malam awan semua dah takde.

tak ape lah. jom kita admire ciptaan Tuhan.

sekian..

Friday, January 29, 2010

Seram (takde la seram sangat)

0 comments
salam..

kisah ini berlaku waktu form5. biasalah nak SPM, waktu main, main lah. waktu makan, makan lah, waktu sembayang, sembayang lah. tapi waktu tidur, susah sikit. entah tak tahu la waktu tu kenapa susah sikit nak tidur. sebab fikir banyak lagi nak baca buku. biasa lah sekolah elit. pelajar pun rajin semacam la. padahal SPM lambat lagi kot.

jadi suatu malam ni, tiba-tiba boleh mengantuk la pulak. kawan-kawan lain semua tengah stadi. jadi nak tidur pun kurang senang la tengok yang lain stadi. dah mengantuk sangat dah ni. susah ni nak mengantuk macam ni. kalau tidur ni mesti nikmat yang amat. jadi saya pun tanam la azam yang tinggi nak bangun tengah malam karang stadi. lalu tidur la si kacak itu.

dalam pukul 2.30 pagi macam tu terjaga dari tidur. fuh memang kuat betul azam boleh terjaga macam tu. saya pun pergi la ke tandas nak basuh muka dan basuh tangan serta kaki. waktu tu semua dah tidur. sunyi je asrama. dah sikat rambut semua siap-siap nak stadi, capai beg yang ada sebelah katil. hari ni nak stadi agama Islam. alamak! buku tertinggal dekat kelas. aduh. malasnya nak ke sekolah waktu-waktu begini. karang nampak dek warden bertugas cikgu Aiza tu, habislah. ah, ambik buku je pun. takpe kot.

dalam malas-malas tu, tanam azam lagi nak stadi jugak. jadi saya pun berjalan la ke kelas yang terletak lebih kurang 600-700 meter dari bangunan asrama. waktu tu tak takut sangat. kawan-kawan selalu cakap sekolah kami ni keras. tapi entah la. dulu waktu kecik-kecik masa belum tumbuh gigi mak tak pernah cerita pasal hantu kot. jadi bila dah besar macam berani la sikit. (sikit aje la).

masa dah sampai dekat bangunan sekolah tu, saya pun naik la tangga. kelas saya dekat tingkat atas sekali, hujung sekali pulak tu. naik tangga. masa dekat tangga tingkat 2 nak sampai tingkat 3, tiba-tiba saya dengar suara ustaz Hamim panggil, "Afiq!", saya toleh la belakang, aik, ustaz Hamim kan balik kampung minggu ni, mana datang suara dia ni?? saya tengok dekat tingkat bawah, takde pun. ah abaikan la perasaan je kot. saya pun sambung naik tangga. baru dua langkah saya dengar lagi suara ustaz Hamim panggil, "Afiq!", saya toleh belakang. kali ni saya yakin suara tu betul-betul ustaz Hamim dan suara tu datang dari bengkel kemahiran hidup, sebelah tapak perhimpunan. saya pun teliti dekat kawasan tu. kosong takda orang. ini mencuakkan. hayun langkah laju ah pergi kelas. sekali ada lagi orang panggil "AaaaaaFiiiiqqq", kali ni suara perempuan. ala-ala soprano gitu. meremang tegak hah bulu roma tengkuk. cabut masuk kelas bukak semua lampu yang ada. (hantu takut cerah kan kan). lepas tu duduk dekat dalam kelas sampai rasa macam hantu tu dah jalan tempat lain. dalam setengah jam jugak la. ambik buku agama lepas tu balik bilik berlari. sampai bilik dah tak fikir nak stadi. katil terus la jawabnya.

sejak kejadian tu saya macam dah jadi penakut sikit. kalau nak buat apa-apa mesti fikir faktor makhluk lain jugak. tapi sekarang dah berani balik dah. hehe. itu saja.

sekian..

Thursday, January 28, 2010

Super Peon Terima Kekalahan

0 comments
Super Peon akui bahawa kelekaan pada saat-saat akhir perlawanan menyebabkan pasukan mereka tewas mengejut 2-1 kepada Spartans FC. "Spartans bijak mengambil peluang keatas kelekaaan dan kami akan kaji semula kelemahan kami untuk meningkatkan mutu permainan di masa akan datang." ulas Sir Mamoo Boboy.

Spartans FC mendahului 4 minit sebelum tamat separuh masa pertama hasil penyudah kemas penyerang berbisa pasukan mereka. pada separuh masa kedua, Super Peon lebih banyak mengatur serangan dan serangan mereka membuahkan hasil pada minit ke-42 apabila Aiman Hadi berjaya menyamakan kedudukan. semasa perlawanan dijangka tamat dengan kedua-dua pasukan berkongsi mata, Spartans FC bijak menyempurnakan peluang sepakan percuma untuk mengumpul 3 mata penuh buat pasukannya.

kedudukan terbaru UTM Stylo League belum dikeluarkan oleh pihak penganjur. bagaimanapun, kedudukan tidak rasmi masih meletakkan Super Peon di tangga teratas liga dengan kelebihan 2 mata di hadapan Spartans FC yang kini mengekori rapat di tangga kedua.


syed diawasi rapi oleh pemain Spartans FC


salah seorang pemain Spartans FC cedera semasa perlawanan


gol pertama Spartan FC


gol penyamaan Aiman Hadi

gol kedua Spartan FC dari sepakan percuma

sekian laporan..

wartawan: Afiq Hamid
jurugambar: Afiq Hamid, Suriani Mamat

Wednesday, January 27, 2010

Pertandingan mengurat

0 comments
salam..

ini lagi satu kisah zaman silam. masa ni form 1. baru daftar masuk sekolah menengah. hari pertama masuk kelas, saya duduk belakang. tak kenal siapa-siapa. lepas tu berkenalan la dengan mamat yang duduk sebelah ni. nama dia Canie Peter Tan. hensem sikit la dari saya. sembang punya sembang, kenal la hati budi si Canie ni yang senget jugak macam saya. kami jadi kawan baik la masa tu.

seminggu lepas tu, ada budak baru masuk kelas kami sebab lambat daftar. budak perempuan. nama dia Nurul Syuhada Hasny. tak berapa nak ingat la siapa lagi classmate waktu tu. tapi kalau nak dibandingkan, dia la awek paling cun dalam kelas. saya dengan Canie pun mengadakan pertandingan, siapa yang boleh memenangi hati Syuhada ni. sebagai hadiah, siapa kalah kena belanja Deli burger KFC. (masa tu ada Deli burger kat KFC harga RM1.95)

maka pertandingan pun bermula. saya mulakan langkah pertama dengan menawarkan air sirap bandung beli di kantin dengan harga 50sen kepada Syuhada. lepas tu kami pun bersembang-sembang la. dia layan je tapi banyak cakap la pulak. sepatah saya cakap, 43 patah dia balas. Canie pun buat la cara dia saya tak tahu. macam-macam la saya buat, pura-pura stadi dengan dia, belikan dia coki-coki dan sebagainya. tapi lama-lama rasa bersalah pulak sebab mak saya cakap tak baik mainkan hati perempuan ni. saya bukan suka dia pun. nanti dia ada hati kat saya susah pulak.

saya cakap dekat Canie nak hentikan pertandingan ni. Canie pun gembira la dia ingat saya mengaku kalah. siapa cakap saya mengalah. entah masa bila dan macam mana, kami pergi tanya dekat Syuhada antara saya dengan Canie ni dia pilih siapa. masa tu senget, ada ka patut pergi tanya macam tu? lepas tu Syahada pulak bagi signal macam dia minat kat saya. aduh kan dah susah. kalau nak terus terang dekat dia nanti dia marah pulak. diam saja lah. sampai akhir tahun saya layan dia. tapi dah jadi macam kawan baik saja la. tak lebih dari itu.

sampai sekarang kot saya tak pernah bagi tau Syuhada pasal ni.

sekian..

Tuesday, January 26, 2010

Hari Jadi Azim ke15

0 comments
salam..

teringat masa saya form 3 (yang ni memang tak boleh lupa)..masa tu 'nerd-nerd' lagi. hari tu hari jumaat. hari tu jugak hari jadi rakan sekelas saya di 3C, Azim. macam biasa, secara tradisinya 'birthdayboy' ni kena lah bersiap sedia dan redha menghadapi apa saja kebarangkalian yang akan berlaku keatas dirinya. dan pada hari itu, kami satu batch dah rancang nak baling telur mentah kat dia. itu rancangan nya.

nak dijadikan cerita, kelas terakhir sebelum pulang ke hostel adalah kelas bahasa melayu yang diajar oleh cikgu Samsurina. cikgu kata, kena siapkan karangan sebelum balik. siapa yang belum siap tak boleh balik. maka kami pun mengarang la dengan penuh tekun. kebetulan saya yang tak berapa pandai mengarang ni habis awal pulak buat karangan, saya pun pergi lah depan hantar kertas saya. masa saya hantar kertas, saya bisik pada cikgu Samsurina, "cikgu, hari ni befday azim, kitorang nak baling telur kat dia". cikgu samsurina ni sporting, cikgu angguk sambil tersenyum melihat 3 biji telur dalam songkok saya. (hari jumaat kena pakai baju melayu dan songkok). Cikgu Samsurina faham lah yang si Azim ni kena keluar paling lambat.

saya kemas buku dan keluar kelas. di luar kelas, ada lebih kurang 20 orang rakan saya dari kelas yang lebih cerdik telah bersiap sedia dengan telur masing-masing (sila jangan salah faham). ada telur yang berconteng dengan marker pen dan sebagainya. mereka beli telur di kantin waktu rehat kot. kami tunggu la di luar kelas ni. dah 15 minit tak keluar-keluar pulak si Azim ni bisik salah seorang dari kami. lama benar dia mengarang. tulis jernal mungkin.

tiba-tiba, ada la seorang hamba Allah ni, dah hilang sabar agaknya, di bukak nya pintu kelas, lalu dihumban nya telur kearah Azim yang sedang berdiri di tempat duduknya di belakang. tapi yang si Azim ni sempat tunduk, dan kebetulan cikgu Samsurina dekat belakang Azim masa tu. maka telur tu pun terkena lah dahi cikgu Samsurina. menjerit cikgu sampai bilik guru boleh dengar kot. saya terkedu tengok cikgu, toleh belakang semua rakan saya dah lintang pukang berlari 500 meter dari tempat kejadian. saya pandang cikgu balik, cikgu menangis sambil tangannya mencapai handbag lalu ke bilik guru.

aduh gelabah tak tahu nak kata. ada la kurang 10 orang yang ada dalam kelas masa itu. rakan saya Syah, ajak saya ke bilik guru pergi minta maaf. kami pun berjalan perlahan ke bilik guru. takut. langkah saja masuk bilik guru, semua cikgu yang ada dekat situ, semua, pandang kami. rasa macam nak keluar balik. rasanya semua cikgu dah tahu apa yang berlaku. Syah tanya salah seorang guru dekat situ, mana cikgu Samsurina. tiada. ke tandas mungkin. kami gagahkan diri tunggu cikgu Samsurina. kami tunggu sampai salah seorang dari guru di situ cakap cikgu Samsurina dah balik.

hari isnin cikgu Samsurina tak masuk kelas. kami sekali lagi pergi ke bilik guru nak minta maaf. hasilnya, semua pelajar lelaki tingkatan 3 kena jemur tengah panas dekat tapak perhimpunan hampir 2 jam.

mintak maaf cikgu Samsurina, dan selamat hari lahir Azim.

Friday, January 22, 2010

Super Peon tiada pencabar

0 comments
skuad bola sepak harapan negara, Super Peon sememangnya tiada saingan di UTM. seperti yang dijangka Super Peon berjaya menewaskan Feutorres FC dengan 2 gol berbalas 1 di stadium kolej 17 petang tadi. sekali lagi anak buah Sir Mamoo Boboy mempamerkan aksi cemerlang dan mempertahankan reputasi sebagai skuad harapan negara.

ketiadaan pemain paling vateran, mohd yazdaan, sedikit sebanyak mengganggu permainan Super Peon hari, tetapi tidak menjatuhkan semangat mereka apabila Mohd Huzairee berjaya meletakkan Super Peon di hadapan dengan penyudah bergaya selepas mendapat hantaran daripada Shaful Bahar pada minit ke-23. 4 minit kemudian giliran Ainul Kareem menunjukkan taring apabila berjaya merembat masuk bola daripada sepakan sudut Md Ghazali.

pada babak yang kedua, perlawanan menyaksikan Super Peon tidak banyak mengatur serangan dan lebih banyak bertahan. tetapi, hasil kesilapan penjaga gawang, Mohd Hazlan, Feutorres FC memperolehi gol saguhati pada minit ke-44.

walaubagaimanapun, Sir Mamoo Boboy tetap memuji Mohd Hazlan kerana dia banyak menyelamatkan gawang Super Peon walaupun setelah terlepas bola ke gawang sendiri.

"walaupun dalam tekanan tetapi Hazlan bejaya melakukan tugasnya dengan baik. perjalanan kita masih jauh dan saya yakin kemenangan ini merupakan permulaan yang baik"

tandukan Munawir yang berjaya ditangkap kemas penjaga gol


Mohd Hazlan berjaya menepis bola keluar

Hadza melalukan sepakan semasa sesi memanaskan badan


Hadza diekori rapat pemain lawan

Aiman melepasi pertahanan dengan mudah

sekian laporan..

Tuesday, January 19, 2010

Super Peon 2-1 Odd Family

0 comments
percaturan baru pengurus pasukan Super Peon, Sir Mamoo Boboy menjadi apabila pasukan itu berjaya membenam Odd family dengan 2 gol berbalas 1 dalam perlawanan bola sepak UTM Stylo League. selepas menang sebentar tadi, SuperPeon berpeluang menamatkan kemarau emas selama 13 sem apabila peluang untuk ke final tampak cerah.

kesebelasan utama yang dibariskan Sir Mamoo Boboy mempamerkan perwatakan kental untuk mengejutkan pihak lawan apabila mampu bangkit selepas ketinggalan 1-0 di babak pertama. jaringan pembukaan oleh Suhaimi Yusuf seawal minit ke-13 tidak melunturkan semangat barisan pemain Super Peon. gol penyamaan yang berjaya dilakukan oleh Hadza Hizwan pada minit ke-46 hasil gerakan solo nyata melenyapkan sorakan gamat 20,000 penyokong Odd Family.

gol kedua Super Peon diperolehi hasil dari sepakan penalti pada minit ke-54 selepas bola terkena tangan Bakhtiar Hassan. Hadza Hizwan tidak mensia-siakan peluang untuk memperolehi 3 mata penuh buat pasukannya selepas menyempurnakan gol dengan sepakan mudah.

pemain paling veteran, Mohd Yazdaan dilayangkan kad kuning selepas mengasari dengan menendang dada pemain lawan pada separuh masa kedua.

"mereka benar-benar berhak meraikan kemenangan ini. mereka mempamerkan aksi menarik tanpa perlu saya banyak berteriak memberi arahan dari luar padang" ulas Sir Mamoo Boboy. Beliau mengakui mengalami kesulitan menyusun pasukan kerana ramai anak buahnya yang mengalami kecederaan.

"Gol ini khas untuk semua penyokong Super Peon" ujar penjaring gol, Hadza Hizwan dengan ringkas. pertemuan selepas ini dijangkakan akan lebih sengit dan semua penyokong diminta turun untuk menghangatkan lagi stadium Kolej 17.


percubaan jarak jauh Md Ghazali


reaksi Hadza Hizwan selepas membolosi gawang pihak lawan


Bahar cuba melepasi pemain pertahanan

aksi Aiman sebelum membuat hantaran lintang


ketika Hakim gagal menyelamatkan gol Odd Family

barisan pemain Super Peon


para penyokong Super Peon


pengurus pasukan Sir Mamoo Boboy

tunggak pemain tengah, Huzairi

sekian laporan.

Saturday, January 16, 2010

Cuti-Cuti Bajet 3 (Gunung Berlumut)

0 comments
salam..


memang aktiviti kami, asal hujung minggu saja jalan. asal hujung minggu saja berkelah. destinasi ketiga program Cuti-Cuti Bajet Geng Budak Dadih ialah air terjun hutan lipur gunung berlumut. lebih 2 marhalah dari UTM. yang lucunya, hendak dicukupkan 2 marhalah, kami pusing pekan kluang 2 kali! patut rasa semacam aneh semua bangunan seakan pernah jumpa. pada mulanya saya ingat ia adalah seperti kejadian dejavu atau yang pernah saya tonton dalam televisyen, seseorang yang sesat dan semua jalan menuju tempat yang asal. (faham tak?)

saya, adilah, pali, faizall, fuad, khairee, nisa, fatin, juan, safina, asmahani, fatihah. cukup 3 buah kereta. selepas mengalas perut di restoren noor, kami memulakan perjalanan. keberangkatan agak lewat kerana ada salah seorang terlajak tidur. tak perlu sebut lah namanya bagi menjaga keaiban beliau.

perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam cukup meletihkan. terutamanya bila perlu pusing pekan kluang sebanyak 2 kali. tapi setibanya kami di hutan lipur gunung berlumut, segala keletihan dan kemengantukan itu hilang bak pasiran pantai terhakis oleh ombak nan indah. juan kelihatan sangat gembira dapat bertemu dengan babun-babun hutan.



setelah selesai menunaikan solat, kami bergerak ke dalam hutan lipur. ramai juga pengunjung sebab hujung minggu. kami mencari 'port' yang tersorok sedikit bagi memberikan privasi kepada tukang masak dan tukang bakar sekalian untuk menumpukan perhatian. menu hari itu; nasi goreng lauk sosej bakar dan daging burger bakar.

selepas semua selesai makan, kami memulakan aktiviti bermain air. (sebelum makan pun sudah ada yang mandi sungai, tak tolong masak pun. tapi namanya terpaksa dirahsiakan bagi menjaga keaiban beliau). pali dan saya serta adilah menunjukkan keberanian kami terjun dari tebing tinggi (kira-kira bangunan 4 tingkat) dan juan serta fatin menunjukkan kehandalan mereka renang berirama. fuad dan faizall tidak mahu ketinggalan dengan mempamerkan aksi berjalan dalam air yang agak merbahaya. safina yang baru sahaja lulus ujian kelayakan renang sukma menunjukkan kehandalan beliau berenang katak 50 meter ulang alik. nisa dan asmahani kelihatan tidak berminat dengan alasan air di sana cetek. fatihah pergi bermain air dengan kanak-kanak lain. khairee diam di tepi mengawasi nisa dari jauh.



selesai mandi, kami tracking di sepanjang sungai melihat alam ciptaan Tuhan. safina jatuh 2 kali; satu dalam sungai dan satu semasa melangkah balak. beliau patut belajar cara mengimbangi badan dari sifu asmahani. walaupun asmahani tinggi, tapi beliau stabil. dihujung trek, ada diantara kami yang sambung bermain air dan ada yang hanya duduk mengambil foto kenang-kenangan.



sebelum pulang, sempat lagi juan dan fatin berenang-renang. belum puas katanya. apa-apa pun kita doakan kesejahteraan mereka berdua.



kami sempat mengambil beberapa keping foto beramai-ramai sebelum bergerak meninggalkan gunung berlumut. destinasi berikutnya, senibong. tempat makan makanan laut paling sedap dalam sejarah johor. (habislah duitku). dengan menempah set A (siakap 3 rasa 2 ekor, ketam, udang goreng butter, sotong goreng tepung, kepah, kerang, sayur kailan, cendawan, air laici dan air limau ais) kami tidak menunggu lama untuk mengosongkan segala pinggan di hadapan kami. kelakar melihat gelagat faizall dan fatin yang teruja untuk menggunakan playar untuk membuka ketam.

habis makan kami pun pulang ke UTM. terima kasih kawan-kawan.

sekian..

Tuesday, January 12, 2010

Makan-Makan Bersama Rakan Palapes

0 comments
salam..

entah dari mana timbul rancangan untuk makan bersama malam tadi. mungkin sesama kami sudah lama tidak bersua muka dan bertegur sapa meski ramai yang masih belajar di sini. bila berjumpa, mulalah mengkritik antara satu dengan yang lain. "kau dah gemuk", "kau dah buncit", "janggut kau panjang sangat, tak hensem" dan sebagainya. sudah banyak kenangan yang kami lalui bersama. pahit manis, suka duka, terasa indah bila dikenang. makan-makan ini pun antara salah satu kenangan yang kami hargai dalam hayat kami.

senibong, pertama kali menjejakkan kaki di situ. sebelum ini tak ada idea pula dekat situ makanan lautnya sedap-sedap belaka. ini semua remy punya cadangan. raja makan intek 14. mana tempat makan sedap, semua dia tahu. harga pun berpatutan. permandangan pun indah.

ini ada sedikit gambar. sedikit saja lah. maaf tak boleh muatnaik banyak. agak sibuk.


ini ada satu gambar lanscape malam saya shoot tepi laut dekat kedai makan. permandangan dia memang best.

harap makan-makan semacam ini dapat dibuat lagi. senibong pun tempat yang menarik. terima kasih rakan-rakan.

sekian..

Sunday, January 10, 2010

Zoo Johor

0 comments
salam..

sabtu lepas bosan. hendak dilepaskan rasa bosan maka ke zoo johor lah berangkatnya saya bersama kamera saya dan adilah untuk mengambil gambar binatang-binatang terancam lagi unik. salah seekor 'haiwan' unik yang saya temui di zoo johor ialah seekor yang berbadan gemuk rambut belah tengah yang rambut depan sahaja panjang, belakang pendek. (maaf azahan, gurau). banyak juga terdapat haiwan-haiwan yang kita jarang nampak seperti harimau, tapir, unta dan sebagainya. tiket masuk cuma RM2. cuma perlu jual 2 cawan dadih sudah mampu untuk masuk zoo johor.

jom kita layan gambar-gambar ini.


model zaman 70-an


menara masjid sultan abu bakar (sebelah zoo)


asmahani dan flamingo ada persamaan. kedua-duanya berkaki panjang dan stabil.


cowboy berlagak hebat

beruk kebosanan

harimau pon mengantuk

adilah yang sentiasa ceria

singa dating

harimau baru habis meratah


monyet putih ni pun dah bosan agaknya

kalau boleh hendak dimasukkan semua gambar haiwan yang di ambil boleh juga di kongsi. tetapi internet agak kura-kura pada malam ini. kalau ada masa ajaklah saya untuk pergi ke zoo.

sekian..

Thursday, January 7, 2010

Dadih Laku-laku

0 comments
salam.

nak buat promosi sedikit. saya, Dato' Afiq dan rakan sejawat merangkap rakan sebilik, Tan Sri Mohd Fadly sedang mengusahakan satu perniagaan kecil-kecilan membuat dadih pelbagai perisa yang kami beri nama 'DADIH LAKU-LAKU'. semasa produk kami di proses, kami mengamalkan polisi utama syarikat Laku-Laku Sdn Bhd, 'kebersihan diutamakan, kepuasan pelanggan juga diutamakan'.



dengan harga yang sangat berpatutan, anda pasti akan menjilat sudu plastik yang diberikan percuma dengan setiap pembelian satu unit dadih Laku-Laku. perniagaan kami sedang berkembang pesat di kolej 11 dan merancang untuk melebarkan sayap di KTHO, KTR dan KP tidak lama lagi. segala tempahan secara pukal hendaklah dibuat 3 hari lebih awal.

sekian.
'kebersihan diutamakan, kepuasan pelanggan juga diutamakan'.

Wednesday, January 6, 2010

Kamera untuk di Jual (SORRY, ALREADY SOLD)

0 comments
Salam..

saye ada nak jual kamera. kamera ini saya beli pada awal tahun lepas dengan harga RM1100. semua fungsi dan rupa masih di dalam keadaan terbaik. saya tidak sampai hati untuk menjual kamera kesayangan saya ini kerana ia telah banyak berjasa dalam hidup saya (nada sedih). jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi tuan kepada kamera ini boleh hubungi saya. email saya afique_22@yahoo.com atau message saya melalui facebook. harga boleh runding.


spesifikasi kamera

Audio

* Built-in microphone: Yes

Battery

* Battery Charger : External power adapter

Camera

* Optical sensor : CCD
* Megapixels : 7.1 megapixels
* Light sensitivity : Auto ISO, ISO 100, ISO 200, ISO 400, ISO 800, ISO 1600
* White balance : Automatic, Custom, Presets
* Lens aperture : F/2.8-/4.9
* LCD display size : 3 inch
* Flash type : Built-in
* Tripod Mount : Built-in
* Digital zoom : 4 x
* Optical zoom : 3 x
* Focal length : 5.8(W) – 17.4(T)mm

Connectivity

* PC Connection : USB
* Video Out : NTSC, PAL, User selectable

General

* Camera Type : Digital compact
* Dimensions (H x W x D) : 56.8 x 91.6 x 19.8 mm
* Weight : 125 g
* Colour: Silver

Still images

* Still image format : JPEG
* Maximum resolution: 3072 x 2304 pixels

Storage

* Storage type(s) : MultiMedia Card, Secure Digital Card, Secure Digital High Capacity
* Internal memory : MB

Video

* Video capture format(s) : AVI (Motion JPEG)
* Video resolution(s) : 640 x 480 pixels
* Video capture speed : 30 fps

Saturday, January 2, 2010

Cuti-Cuti Bajet 2 (Kota Tinggi dan Tanjung Balau)

0 comments
Kali ini kami semua lebih menepati masa. Janji gerak jam 8 pagi, kira-kira 8.15 kami semua sudah bersiap untuk bertolak. beranggotakan saya, adik saya hamizah, adilah, faizall, nisa, khairee, asmahani (180cm), safina, pali, fuad dan tidak ketinggalan, abang jaluk; kami memulakan langkah perjalanan kami dengan mengalas perut di restoren safiah (mee goreng yang kurang menyelerakan).



dalam perjalanan yang melebihi 2 marhalah itu, kami singgah sebentar di pekan kota tinggi bagi membeli kelengkapan barbeque; daripada arang sampailah ke sosej, semua kami beli. macam mana hendak bahagi-bahagi duit lepas ini, jangan tanya saya. saya cuma menganggap semua perbelanjaan ditanggung oleh orang kaya baru (JPA). tak tahulah mungkin kemudian orang kaya baru ini akan tuntut semula duitnya.

setibanya di air terjun kota tinggi, (agak terkejut dengan harga tiket masuk, RM 7.50), kami membuat muka selamba membawa masuk makanan dan peralatan barbeque. menyedari bahawa makanan luar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk, kami membuat kesalahan lain iaitu tidak memakai tag tangan supaya kesalahan membawa makanan tidak dapat dikesan oleh pemeriksa. tetapi papan kenyataan dilarang membawa makanan berada di mana-mana menyebabkan kami membatalkan niat untuk membuat barbeque di kawasan itu. setelah mendapat satu 'port baik' untuk meletakkan barang-barang kami, kami pun tidak menunggu lama untuk berada di dalam air.


ramai juga manusia dari berbilang bangsa beriadhah di situ terutamanya bangsa yang berkulit lebih gelap sedikit tetapi kami semua yang bersemangat 1malaysia tidak berfikir panjang untuk menyertai mereka di dalam keindahan alam semulajadi.

setelah puas berekreasi dan mempraktikkan renang gaya anjing, katak dan sebagainya, kami meneruskan perjalanan ke pantai tanjung balau. tetapi sebelum itu kami singgah di pasaraya berdekatan untuk membeli beberapa lagi barang yang dirasakan perlu dan singgah di masjid kota tinggi untuk menunaikan kewajipan.

kurang satu jam, kami sampai di tanjung balau, pantai yang terkenal dengan batu-batu pelik dipercayai lapisan shale dan sandstone yang termendap selepas zaman dinosour. waktu pun sudah agak lewat hampir maghrib, kami kuatkan azam untuk menghidupkan bara api untuk membakar sosej dan skalop ayam walaupon ia memakan masa yang agak lama.


setelah makan, kami meneruskan perjalanan pulang ke UTM. walaubagaimanapun, kumpulan fuad menghilang, dipercayai pergi ke pusat karaoke.

sekian..